Wednesday, 9 November 2011

Model Karangan

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Tip
a. Lihat gambar dengan teliti.
b. Tentukan aktiviti yang terdapat dalam gambar.
c. Bulatkan aktiviti yang terdapat dalam gambar dan catatkan kata kuncinya.
d. Kembangkan ayat secara gramatis berdasarkan kata kunci tersebut.




1. Seorang pekebun sedang mencangkul tanah di belakang rumah untuk membuat batas sayur-sayuran.

2. Dia menanam pelbagai jenis sayur seperti tomato, terung, kubis dan sawi.

3. Isterinya sedang menyiram sayur-sayuran dengan air paip.

4. Anak perempuannya sedang mencabut rumput yang tumbuh di batas sayur.

5. Anak lelakinya pula memetik sayur-sayuran yang sudah matang.


0 comments:

Post a Comment

Thank You