Latihan
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
1. Taman permainan yang terbiar itu ditumbuhi ____________________.
2. Jalan menuju ke Tanah Tinggi Cameron ____________________.
3. Hatinya ____________________ apabila mengenangkan peristiwa yang pahit itu.
4. Murid-murid ditegur oleh Cikgu Tan kerana ____________________ semasa memasuki dewan sekolah.
5. Kejadian ____________________ itu berlaku antara pihak polis dengan beberapa orang perompak.
6. Para penonton ____________________ semasa menyaksikan pertandingan bola sepak.
Jawapan:
1. rumput rampai
2. bengkang-bengkok
3. remuk-redam
4. tolak-menolak
5. tembak-menembak
6. sorak-menyorak
0 comments:
Post a Comment