Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Tiga orang peserta ekspedisi mendaki Gunung Buah tersesat __________ dalam hutan.
A. di
B. ke
C. pada
D. dari
2. Markah ujian yang diperoleh Amirah hanya separuh _________ markah yang dijangkakan.
A. dari
B. dengan
C. daripada
D. kepada
3. Joey membeli hadiah __________ ibunya bersempena sambutan hari jadi ibunya.
A. daripada
B. untuk
C. demi
D. kepada
4. Pemandangan _________ tepi pantai itu sangat indah _________ waktu petang.
A. di ... pada
B. dari ... daripada
C. ke ... kepada
D. dari ... pada
5. Progran Latihan Khidmat Negara bertujuan untuk menyemai sikap cinta __________ negara.
A. kepada
B. pada
C. dengan
D. akan
6. Sampah di kawasan perumahan itu tidak dikutip _________ seminggu yang lalu.
A. dari
B. sejak
C. hingga
D. dalam
7. Ahli lembaga syarikat itu sedang berbincang _________ cara-cara _________ meningkatkan
produktiviti syarikat.
A. akan ... demi
B. tentang ... untuk
C. dengan ... bagi
D. oleh ... untuk
8. Para perajurit sanggup menggadaikan nyawa _________ mempertahankan tanah air.
A. bagi
B. demi
C. dengan
D. oleh
9. Encik Ahmad tidak mahu masuk campur _________ hal rumah tangga anak lelakinya.
A. di
B. oleh
C. dalam
D. antara
10. Pak Ali sanggup menggadaikan tanah pusakanya ________ membiayai pelajaran anaknya si luar negara.
A. untuk
B. dengan
C. akan
D. terhadap
Jawapan
1.A 2.C 3.B 4.A 5.D 6.B 7.B 8.B 9.C 10.A
0 comments:
Post a Comment