Wednesday, 30 November 2011

Tanda Baca



 




Tuesday, 29 November 2011

Kata Tugas












Penanda Wacana









Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Projek pembinaan empangan itu telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. 
    __________ pelaksanaannya tetap diteruskan.
    A. Bagaimanapun
    B. Namun demikian
    C. Lebih-lebih lagi
    D. Meskipun demikian

2. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri. ____________
    apabila berada di luar kawasan sekolah.
    A. Di samping itu
    B. Oleh yang demikian
    C. Tambahan pula
    D. Lebih-lebih lagi

3. Pak Mahat bercadang untuk menjual tanah pusakanya yang terletak di hulu sungai.
    ___________, sudah ada orang yang sunggup membeli tanah tersebut.
    A. Kemudian
    B. Lagipun
    C. Lantaran itu
    D. Bagaimanapun

4. Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. _____________
    semua pihak perlu berganding bahu menangani masalah tersebut.
    A. Justeru
    B. Seterusnya
    C. Malahan
    D. Sesungguhnya

5. Rakyat diingatkan oleh Perdana Menteri supaya tidak campur tangan dalam urusan politik
    negara. _________ negara sedang mengalami krisis politik.
    A. Oleh sebab itu
    B. Dengan demikian
    C. Meskipun demikian
    D. Hal ini demikian kerana

6. Penglibatan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan dapat membina jati diri mereka.
    _________, mereka dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
    A. Sebaliknya
    B. Lantaran itu
    C. Di samping itu
    D. Walau bagaimanapun

7. Mazni dan Farah selalu berbincang tentang subjek Matematik. __________
    mereka sering mendapat markah yang tertinggi dalam subjek tersebut.
    A. Lebih-lebih lagi
    B. Namun demikian
    C. Oleh sebab itu
    D. Dalam pada itu

8. Kehidupan keluarga petani itu sangat miskin. ________ anak-anak petani itu tidak
    pernah mengabaikan pelajaran mereka.
    A. Lantaran itu
    B. Dengan itu
    C. Oleh yang demikian
    D. Sungguhpun demikian




Jawapan
1.B    2.D    3.B    4.A    5.D    6.C    7.C    8.D

Monday, 28 November 2011

Kata Sendi Nama













Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Tiga orang peserta ekspedisi mendaki Gunung Buah tersesat __________ dalam hutan.
    A. di
    B. ke 
    C. pada
    D. dari

2. Markah ujian yang diperoleh Amirah hanya separuh _________ markah yang dijangkakan.
    A. dari
    B. dengan
    C. daripada
    D. kepada

3. Joey membeli hadiah __________ ibunya bersempena sambutan hari jadi ibunya.
    A. daripada
    B. untuk
    C. demi
    D. kepada

4. Pemandangan _________ tepi pantai itu sangat indah _________ waktu petang.
    A. di ... pada
    B. dari ... daripada 
    C. ke ... kepada
    D. dari ... pada

5. Progran Latihan Khidmat Negara bertujuan untuk menyemai sikap cinta __________  negara.
    A. kepada
    B. pada
    C. dengan
    D. akan

6. Sampah di kawasan perumahan itu tidak dikutip _________ seminggu yang lalu.
    A. dari
    B. sejak 
    C. hingga
    D. dalam

7. Ahli lembaga syarikat itu sedang berbincang _________ cara-cara _________ meningkatkan 
    produktiviti syarikat.
    A. akan ... demi
    B. tentang ... untuk
    C. dengan ... bagi
    D. oleh ... untuk

8. Para perajurit sanggup menggadaikan nyawa _________ mempertahankan tanah air.
    A. bagi
    B. demi
    C. dengan
    D. oleh

9. Encik Ahmad tidak mahu masuk campur _________ hal rumah tangga anak lelakinya.
    A. di
    B. oleh
    C. dalam
    D. antara

10. Pak Ali sanggup menggadaikan tanah pusakanya ________ membiayai pelajaran anaknya si luar negara.
     A. untuk
     B. dengan
     C. akan
     D. terhadap




Jawapan
1.A   2.C   3.B   4.A   5.D   6.B   7.B   8.B   9.C   10.A


Dunia Tatabahasa




ULANKAJI - Kata Adjektif




ULANKAJI - Kata Ganti Nama




Kata Tanya



 


Kartun Cikgu Disiplin







Simpulan Bahasa - Berat Mulut






Friday, 25 November 2011

Autobiografi

























Thursday, 24 November 2011

Kata Hubung 连词


















Latihan
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata hubung yang sesuai.

1. Siew Ling membaca buku cerita itu ___________ tamat.

2. Kakak menudung makanan di atas meja ___________ tidak dihinggapi lalat.

3. Saya menyertai rombongan lawatan ___________ belajar ke Melaka pada cuti sekolah yang lepas.

4. Pencemaran udara masih berlaku ___________ pelbagai kempen telah diadakan.

5. ___________ diberi pilihan, saya hendak mengikuti kelas muzik.

6. Perkhemahan pengakap sekolah saya diadakan di Kem Rimba Templer ___________ tiga hari dua malam.

7. Dia telah cuba meneka beberapa kali ___________ tekaannya masih tidak tepat.

8. Ah Seng suka makan pelbagai jenis buah ___________ buah mangga.

9. Mereka berbual-bual ___________ menunggu bas tiba.

10. Aku selitkan sekeping kad ucapan di atas bungkusan itu ___________ aku hadiahkan kepada ibuku yang tersayang.










     Jawapan
     1. sehingga
     2. supaya
     3. sambil
     4. walaupun
     5. Kalau
     6. selama
     7. tetapi
     8. kecuali
     9. sementara
     10. lalu






Thank You