Kata Nama Khas ialah kata yang digunakan untuk menamai sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.
Kata Nama Am | Kata Nama Khas | |
Orang | doktor | Doktor Low |
Binatang | arnab | Si Manja |
Benda | kereta | Proton Waja |
Tempat | klinik | Klinik Haiwan Jaya |
Tumbuhan | bunya raya | - |
Latihan:
Pilih jawapan yang betul.
1. Ayah menghadiahi abang sebuah motosikal berjenama_________.
A. Pensonic B. Modenas C. Bernas D. Wira
2. Linda segera menanggalkan _________nya lalu masuk ke dalam rumah.
A. rambut B. baju C. kasut D. tangan
3. Semasa cuti sekolah, Arman dan keluarganya melancong ke ________.
A. Klinik Kasih B. Restoran Ali C. Pulau Pinang D. Pasar Besar Kepayang
4. ______ aedes membawa virus yang boleh menyebabkan demam denggi.
A. Lalat B. Nyamuk C. Burung D. Ayam
5. Buah ____ sangat berkhasiat dan membantu sistem penghadaman kita.
A. labu B. bawang C. durian D. betik
6. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah ________.
A. Gunung Angsi B. Gunung Kinabalu C. Gunung Everest D. Gunung Tahan
1.B 2.C 3.C 4.B 5.D 6.B
1 comments:
terima kasih....
Post a Comment