tempat, binatang dan sebagainya.
2. Kata adjektif boleh disertai kata penguat seperti amat, paling, sungguh, agak, sekali
dan sebagainya.
3. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:
Sifat/ keadaan | layu, cantik, kuat, rajin, malas |
Warna | putih, hitam, jingga, biru, merah |
Ukuran | tinggi, rendah, tebal, nipis, dalam |
Bentuk | bulat, bujur, kemik, lonjong, senget |
Pancaindera | manis, masam, masin, kesat, kelat |
Waktu | lama, lambat, baru, awal, cepat |
Jarak | jauh, dekat, hampir, jelas |
Perasaan | rindu, cinta, sayang, malu, marah |
Cara | pantas, laju, deras, lincah |
Latihan:
Pilih perkataan yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
1. Aminah gemar memakai baju yang berwarna __________. (kelam, merah)
2. Minyak ________ yang baru dibelinya itu berharga RM50. (busuk, wangi)
3. Suara Daud yang ________ itu dapat didengar dari jarak jauh. (nyaring, padat)
4. Setiap hari Encik Dolah bangun awal ________ untuk ke pejabat. (petang, pagi)
5. Hisyam __________ menolong bapanya di kebun sayur. (rajin, malu)
Jawapan:
1. merah 2. wangi 3. nyaring 4. pagi 5. rajin
0 comments:
Post a Comment