Wednesday 9 November 2011

Kata Majmuk

Kata majmuk terbentuk daripada gabungan dua perkataan atau lebih yang membawa maksud tertentu.


 Kata Majmuk
 Ayat Contoh
 dewan peperiksaan 考场


setiausaha 秘书


hujan asid 酸雨


kerjasama 合作


reka bentuk 设计


guru besar 校长

warganegara 公民
Murid-murid sedang menduduki peperiksaan UPSR di dewan peperiksaan.

Sze Mi dilantik sebagai setiausaha Persatuan Sains.

Hujan asid membawa pelbagai kesan buruk kepada kita.

Kempen kebersihan itu berjaya atas kerjasama semua penduduk kampung.

Orang ramai tertarik dengan reka bentuk Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Encik Loh bekas guru besar sekolah saya.

Jerry ialah warganegara Malaysia.



Latihan
Pilih jawapan yang paling sesuai.


1. Puan Halimah suka memakai baju kurung yang berwarna cerah kerana kulitnya _________.
    A. merah muda
    B. kuning langsat
    C. hitam legam
    D. biru laut




2. Hui Xin menggunakan ________ untuk membuat pengiraan.
    A. alat tulis
    B. alat dapur
    C. alat pertanian
    D. alat bantuan




3. Shan Shan mahir menggunakan ________ untuk menyiapkan kertas projeknya.
    A. mesin cetak
    B. papan kekunci
    C. komputer riba
    D. alat komunikasi

4. Para pendidik mempunyai ________ yang berat terhadap anak muridnya.
    A. kasih sayang
    B. kerjasama
    C. tanggungjawab
    D. tunjuk ajar

5. Ming Huan __________ mendengar sindiran rakan-rakannya.
    A. buah hati
    B. sakit hati
    C. rela hati
    D. bulat hati



6. __________ itu sedang mengadakan jualan murah bersempena Tahun Baru Cina.
    A. Pasar malam
    B. Pasar tani
    C. Pasar raya
    D. Pasar borong



7. ___________ itu merupakan hasil ciptaan manusia yang canggih.

   A. Kapal terbang
   B. Kapal angkasa
   C. Kapal selam
   D. Kapal layar



8. Peniaga kantin menutup makanan di atas meja itu dengan _________.
    A. sarung tangan
    B. tudung saji
    C. kain tudung
    D. tong sampah






Jawapan:
1.B   2.D   3.C   4.C   5.B   6.C   7.B   8.B

0 comments:

Post a Comment

Thank You