Friday 14 October 2011

Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata Kerja Transitif (KKT) ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat
    yang sempurna.

    Contohnya : 
    Puan Sally sedang mencuci pakaian.
                                 (KKT)   (objek)

    Inilah masanya untuk aku mengambil makanan.
                                              (KKT)      (objek)


2. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan
    objek untuk menbentuk ayat yang sempurna.

    Contohnya:
    Si Comel sedang tidur.
                       (KKTT)
 
    Si Tikus berlari untuk menyelamatkan diri.
                                   (KKTT)





Latihan:
A. Gariskan kata kerja yang terdapat dalam petikan di bawah.

                 Lie Ling dan Balqis segera pulang ke rumah sebaik sahaja loceng berbunyi. 

Mereka hendak menziarahi rakan mereka yang sakit iaitu Noni. Sebelum pergi, mereka

meminta kebenaran daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka mengizinkan. 

Mereka diingatkan supaya pulang ke rumah sebelum pukul tujuh malam.



B. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.

 menebas
memperoleh 
berserta 
menjahit 
bersenam 

1. Puan Ratna bekerja mengambil upah _____________ baju.

2. Hamdan  _____________ 5A dalam UPSR.

3. Borang ini hendaklah dihantar _____________ setem satu ringgit Malaysia.

4. Farah selalu _____________ pada waktu petang.

5. Muthu _____________ rumput di belakang rumahnya.




Jawapan:


A.  
                  Lie Ling dan Balqis segera pulang ke rumah sebaik sahaja loceng berbunyi
Mereka hendak menziarahi rakan mereka yang sakit iaitu Noni. Sebelum pergi, mereka

meminta kebenaran daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka mengizinkan

Mereka diingatkan supaya pulang ke rumah sebelum pukul tujuh malam. 

B. 1. menjahit    2. memperoleh    3. berserta    4. bersenam    5. menebas


0 comments:

Post a Comment

Thank You