Saturday 8 October 2011

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang.

Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu:
 


Kata Ganti Nama Diri 
 Contoh
 Pertama
 beta, patik, saya, aku, kita, kami
 Kedua
 tuanku, awak, anda, kamu, engkau, kalian
 Ketiga
 baginda, beliau, dia, mereka       




Latihan:
Pilih dan tulis kata ganti nama diri yang paling sesuai.

beta 
saudari 
 saya
 beliau
-nya 
 mereka


1. Ketua kampung itu dihormati kerana __________ prihatin terhadap kebajikan anak buahnya.

2. "__________ hendak beli apa?" tanya pekedai itu kepada Cik Mirani.

3. "__________ amat berharap agar rakyat jelata hidup bersatu padu," titah Sultan Mahmud Shah,.

4. Sofea dan abang ___________ pergi ke perpustakaan sekolah.

5. "Bolehkah ___________ membantu nenek membawa barang ini?" tanya Muthu.




Jawapan:                                                                      
1. beliau   2. Saudari   3. Beta   4.-nya   5. saya

0 comments:

Post a Comment

Thank You