Saturday 29 October 2011

Marilah kita menyanyi bersam ... "Chan Mali Chan"





Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya di tepilah bendul.
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya di tepilah bendul.

Chan Mali Chan. Chan Mali Chan.
Chan Mali Chan ketipong payung.
Chan Mali Chan. Chan Mali Chan.
Chan Mali Chan ketipong payung.

Di mana dia buah hati saya?
Buah hati saya bagai telur dikupas.
Di mana dia buah hati saya?
Buah hati saya bagai telur dikupas.

Chan Mali Chan. Chan Mali Chan.
Chan Mali Chan ketipong payung.
Chan Mali Chan. Chan Mali Chan.
Chan Mali Chan ketipong payung.



Kisah Cinderella







Simpulan Bahasa


Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan. Maknanya berlainan sekali daripada makna asal perkataan tersebut.

Berikut disenaraikan beberapa simpulan bahasa yang digandingkan dengan haiwan.


1. Aksi kucing - Berpura-pura.


2. Batuk-batuk kambing - Batuk untuk menarik perhatian orang.


3. Darah ikan - Merah tua.


4. Demam puyuh - Pura-pura demam.


5. Duri landak - Kecil lagi runcing.


6. Ekor cicak - Rambut antara telinga dan pipi.


7. Gagak di rimba - Orang kecil.


8. Gajah berpaling - Orang gemuk sukar menoleh ke belakang.


9. Harimau dua sekanfang - Dua pesaing yang pasti akan bertanding.


10. Jari lipan - Sejenis anyaman daun kelapa.


11. Ketam batu - Sangat kedekut.


12. Kucing belanda - Arnab.


13. Lalat hijau - Hina dan buruk perangai.


14. Lembu kenyang - Dengil, pemalas dan tidak peduli.


15. Mahkamah kanggaru - Perbicaraan yang sudah dirancangkan keputusannya.


16. Mati seladang - Mempunyai seorang isteri sampai mati.


17. Otak unta - Bodoh.

18. Paha belalang - Paha kecil dan lurus.



19. Payung rama-rama - Payung kuning yang berumbai-umbai.


20. Raja cacing - Sangat kurus.


21. Tulang itik - Sangat lemah.

Friday 14 October 2011

Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata Kerja Transitif (KKT) ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat
    yang sempurna.

    Contohnya : 
    Puan Sally sedang mencuci pakaian.
                                 (KKT)   (objek)

    Inilah masanya untuk aku mengambil makanan.
                                              (KKT)      (objek)


2. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan
    objek untuk menbentuk ayat yang sempurna.

    Contohnya:
    Si Comel sedang tidur.
                       (KKTT)
 
    Si Tikus berlari untuk menyelamatkan diri.
                                   (KKTT)





Latihan:
A. Gariskan kata kerja yang terdapat dalam petikan di bawah.

                 Lie Ling dan Balqis segera pulang ke rumah sebaik sahaja loceng berbunyi. 

Mereka hendak menziarahi rakan mereka yang sakit iaitu Noni. Sebelum pergi, mereka

meminta kebenaran daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka mengizinkan. 

Mereka diingatkan supaya pulang ke rumah sebelum pukul tujuh malam.



B. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.

 menebas
memperoleh 
berserta 
menjahit 
bersenam 

1. Puan Ratna bekerja mengambil upah _____________ baju.

2. Hamdan  _____________ 5A dalam UPSR.

3. Borang ini hendaklah dihantar _____________ setem satu ringgit Malaysia.

4. Farah selalu _____________ pada waktu petang.

5. Muthu _____________ rumput di belakang rumahnya.




Jawapan:


A.  
                  Lie Ling dan Balqis segera pulang ke rumah sebaik sahaja loceng berbunyi
Mereka hendak menziarahi rakan mereka yang sakit iaitu Noni. Sebelum pergi, mereka

meminta kebenaran daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka mengizinkan

Mereka diingatkan supaya pulang ke rumah sebelum pukul tujuh malam. 

B. 1. menjahit    2. memperoleh    3. berserta    4. bersenam    5. menebas


Tuesday 11 October 2011

Anjing Dan Bayangannya


           




            Seekor anjing yang mendapatkan sebuah tulang daripada seseorang, berlari-lari pulang ke rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati sebuah jembatan yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat bayangan dirinya terpantul dari air di bawah jambatan itu. Anjing yang serakah ini mengira dirinya melihat seekor anjing lain membawa sebuah tulang yang lebih besar dari miliknya.
             Apabila saja dia berhenti untuk berfikir, dia akan tahu bahawa itu hanyalah bayangannya. Tetapi anjing itu tidak berfikir apa-apa dan malah menjatuhkan tulang yang dibawanya dan langsung melompat ke dalam sungai. Anjing serakah tersebut akhirnya dengan susah payah berenang menuju ke tepi sungai. Saat dia selamat tiba di tepi sungai, dia hanya bisa berdiri termenung dan sedih karana tulang yang di bawanya malah hilang, dia kemudian menyesali apa yang terjadi dan menyadari betapa bodohnya dirinya.


Peribahasa





1. Ambil berat - ambil tahu tentang sesuatu

2. Campur tangan - masuk campur sesuatu urusan

3. Hidung tinggi -bersikap sombong

4. Keras hati - sangat degil

5. Ringan mulut - suka bercakap

6. Muka tembok - tidak tahu malu

7. Cari jalan - cari cara menyelesaikan masalah

8. Buah tangan - hadiah

9. Ada bakat - berkebolehan

10. Ambil hati - berasa kecewa terhadap kata seseorang

11. Ada hati - ada kemahuan

12. Murah hati - suka beri bantuan

13. Tanda hati - hadiah kenangan

14. Besar hati - berasa bangga terhadap pertolongan


Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan kagum, sakit, hairan, sedih, gembira, takut, marah, geram, dan sebagainya.

Kata seru ditandai dengan tanda seru (!) di akhir ayat.



Contoh:

1. Nah, makanlah bihun goreng yang ibu bawa ini!

2. Aduh, sakitnya badanku!

3. Syabas anakku, akhirnya kamu pandai berjalan!

4. Eh, rusa dibaham oleh harimau!

5. Aduhai, kasihan kamu Ali!

6. Cis, berani sungguh kamu bergaduh di sini!

7. Oh, garang betul cikgu itu!

8. Wahai anak-anakku, jagalah dirimu baik-baik!

9. Ah, makin sombonglah Siti apabila dipuji!

10. Hai, Bee Ling yang cantik!


Latihan:
Garisi jawapan yang betul.


1. (Amboi, Syabas), kamu telah berjaya memenangi tempat pertama!

2. (Nah, Wah) ambillah buku cerita ini!

3. (Aduhai, Wahai) anak-anakku, gunakan masa lapang dengan sebaik-baiknya!

4. (Cis, Hai), pergi kau dari sini!

5. (Eh, Aduh), kamu juga ada di sini!

6. (Hai, Aduhai), malang sungguh nasib kanak-kanak itu!





                               Jawapan:
                               1. Syabas    2. Nah    3. Wahai    4. Cis    5. Eh    6. Aduhai

Monday 10 October 2011

Kata Adjektif


1. Kata adjektif merupakan kata yang menerangkan sifat atau keadaan orang, benda,
    tempat, binatang dan sebagainya.

2. Kata adjektif boleh disertai kata penguat seperti amat, paling, sungguh, agak, sekali
   dan sebagainya.

3. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:

 Kata Adjektif
 Contoh
Sifat/ keadaan
layu, cantik, kuat, rajin, malas
Warna
putih, hitam, jingga, biru, merah
Ukuran
tinggi, rendah, tebal, nipis, dalam
Bentuk
bulat, bujur, kemik, lonjong, senget
Pancaindera
manis, masam, masin, kesat, kelat
Waktu
lama, lambat, baru, awal, cepat
Jarak
jauh, dekat, hampir, jelas
Perasaan 
rindu, cinta, sayang, malu, marah
Cara
pantas, laju, deras, lincah



Latihan:
Pilih perkataan yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

1. Aminah gemar memakai baju yang berwarna __________. (kelam, merah)

2. Minyak ________ yang baru dibelinya itu berharga RM50. (busuk, wangi)

3. Suara Daud yang ________ itu dapat didengar dari jarak jauh. (nyaring, padat)

4. Setiap hari Encik Dolah bangun awal ________ untuk ke pejabat. (petang, pagi)

5. Hisyam __________ menolong bapanya di kebun sayur. (rajin, malu)


                                                                                             Jawapan:
                                                                                             1. merah   2. wangi   3. nyaring   4. pagi   5. rajin

Saturday 8 October 2011

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang.

Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu:
 


Kata Ganti Nama Diri 
 Contoh
 Pertama
 beta, patik, saya, aku, kita, kami
 Kedua
 tuanku, awak, anda, kamu, engkau, kalian
 Ketiga
 baginda, beliau, dia, mereka       




Latihan:
Pilih dan tulis kata ganti nama diri yang paling sesuai.

beta 
saudari 
 saya
 beliau
-nya 
 mereka


1. Ketua kampung itu dihormati kerana __________ prihatin terhadap kebajikan anak buahnya.

2. "__________ hendak beli apa?" tanya pekedai itu kepada Cik Mirani.

3. "__________ amat berharap agar rakyat jelata hidup bersatu padu," titah Sultan Mahmud Shah,.

4. Sofea dan abang ___________ pergi ke perpustakaan sekolah.

5. "Bolehkah ___________ membantu nenek membawa barang ini?" tanya Muthu.




Jawapan:                                                                      
1. beliau   2. Saudari   3. Beta   4.-nya   5. saya

Marilah kita menyanyi bersama ... "Rasa Sayang"




Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey

(diikuti dengan pantun klasik/ tradisional)

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey


Hikayat Sang Kancil dan Monyet



Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum.

Kata Nama Khas ialah kata yang digunakan untuk menamai sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.


Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Orang
doktor
Doktor Low
Binatang
arnab 
Si Manja
Benda
kereta
Proton Waja
Tempat
klinik
Klinik Haiwan Jaya
Tumbuhan
bunya raya
-

 * Huruf pertama bagi setiap perkataan ditulis dengan huruf kecil kecuali di awal ayat.
* Huruf pertama bagi setiap perkataan ditulis dengan huruf besar. 

Latihan:
Pilih jawapan yang betul.

1. Ayah menghadiahi abang sebuah motosikal berjenama_________.
    A. Pensonic           B. Modenas               C. Bernas                D. Wira

2. Linda segera menanggalkan _________nya lalu masuk ke dalam rumah.
    A. rambut                B. baju                        C. kasut                     D. tangan

3. Semasa cuti sekolah, Arman dan keluarganya melancong ke ________.
    A. Klinik Kasih        B. Restoran Ali           C. Pulau Pinang          D. Pasar Besar Kepayang

4. ______ aedes membawa virus yang boleh menyebabkan demam denggi.
    A. Lalat                   B. Nyamuk                 C. Burung                  D. Ayam

5. Buah ____ sangat berkhasiat dan membantu sistem penghadaman kita.
    A. labu                    B. bawang                  C. durian                    D. betik 

6. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah ________.
    A. Gunung Angsi     B. Gunung Kinabalu     C. Gunung Everest     D. Gunung Tahan 




Jawapan:
1.B  2.C  3.C  4.B  5.D  6.B

PoPo New Yellow Raincoat

             I went to Daiso at Queensbay and I saw this cute RM 5.00 Yellow Raincoat and brought it for PoPo. Unfortunately it was too small for him although it was size "L" and too tight that he do not want to move.

My First Blog

               This is the first time I have created a blog. I always wondering how do others create a web site or blog and post anything they like and published it to the Internet which is kool. It seems that what we need is just find it out and do some hands on.

              The first thing going through my mind when I created this blog was to customize the page layout which will make my blog looks different than others. Google around for the suitable picture to set as my background and setting up all the text format and colour. It's pretty interesting how this work out and there's still many to be discover and learn.

Thank You